Monday, June 27, 2005

reallifegoeslikethis

reallifegoeslikethis

Diri Yang Ini


Kata ibu pada saya:

"Betapa ramai manusia di luar sana tanpa kebolehan, tanpa kekuatan, begitu susah dan payah dalam hidup mereka.

Peliknya sesetengah daripada kita enggan menggunakan sepenuhnya apa yang tuhan beri. Kita terlalu cenderung bersenang-lenang"


Memang banyak yang telah, sedang dan dengan izin tuhan, akan saya lakukan dalam hidup saya. Malangnya saya terlalu suka membanding-banding dengan orang. Yang saya lakukan terlalu sedikit berbanding keupayaan diri.

Terlalu suka bersaing. Dengan orang. Terlalu lupa untuk bersaing. Dengan diri sendiri.

Bak kata Muhammad bin Abdullah s.a.w : Jadilah kamu hari ini lebih baik daripada semalam. Dan esok lebih baik daripada hari ini.

Ai, ai. Sedang saya hari ini sama saja dengan semalam. Kerap pula makin teruk dan buruk daripada semalam. Sedang esok langsung tak merancang untuk jadi lebih baik.

Perlu ubah diri. Lebih tepat janji.


....................

Cinta. Benar-benar cinta. Benarkah ada?

Kalau ya, adakah ukurannya pada rindu? Sungguh, ada beberapa orang yang saya rindu waktu ini. Kata orang, sekali lagi saya ulang, kata orang, bukan kata saya, bila kita tiba-tiba saja rindukan orang bermakna orang itu juga rindukan kita. Betul ke?

p/s: adakah ini tandanya saya ini 'buaya'? atau tandanya akan hidup dengan lebih daripada dua? ;)

Thursday, June 16, 2005

reallifegoeslikethis

Menghargai Diri


Terima kasih. Terima kasih. Dan terima kasih.

Dah tak perlu kek harijadi. Tak perlu parti-parti. Hati saya dah begitu berbunga-bunga sekali mengenangkan ada yang mengingati diri. Tahukah diri rasa paling berharga, paling bermakna, bila ada orang ingat pada kita?

Sebab mahu kekal muda bererti hidup dalam memori.
____________________________

Memang saya ini banyak songehnya :)

Bukan saya tidak menghargai diri. Apatah lagi tidak menghargai semua di sekeliling saya. Cuma kadang-kadang rutin itu rasanya tidak berapa difahami.

Ucap tahniah, penghormatan, kata yang baik-baik dan doa perlulah diucap selalu. Tak kira waktu, tak kira tempat. Kan yang baik-baik itu menyenangkan hati, memberikan kesejahteraan. Maka diamalkan pada semua-semua, tentulah bagus sekali.

Menunggu satu 'event', satu masa, barulah mahu manis muka, manis mulut, maka seolah-olah hidup ini pasti saja berterusan seperti rancangan. Macam mati itu kena datang ikut jadual, kena lepas semua 'dateline' dan semua 'event' kita dulu.

Tiap-tiap hari kita bagi salam, ucap selamat dengan hari penuh ikhlas dan muka tersenyum riang, maka bukankah hari-hari pun jadi perayaan dan parti?

:)
________________________

Saya mahu meminta maaf pada semua. Sepatutnya kata-kata ini dah diluah, dikeluarkan sebegitu lama. Cuma adat manusia sombong dan jahil seperti saya, yang baik-baik itulah mahu dipendam-pendam, sedang cacai-maki laju saja keluar.

Maaf atas segala kesilapan saya. Baik kata, baik perbuatan mahupun apa saja bentuk kejahatan dan kesalahan yang telah saya lakukan. Usah disimpan kemarahan, usah disimpan dendam. Dosa saya pada tuhan secara langsung sudah sebegitu banyak. Kelak jika kalian menuntut lagi saki-baki pahala yang sedikit cuma, letih rebahlah saya.

Terima kasih lagi dan lagi. Sesungguhnya kasih sayang kalian terlalu besar, menggunung dan tinggi. Kerana itulah serasanya kasih saya ini terlalu lokek dan sedikit yang diberi.

Kepada ibu bapa yang mempercayai diri, kepada teman-teman yang setia di sisi. Dan seluruh manusia yang berdoa pada kesejahteraan saudara-saudaranya di sana sini.

Sunday, June 12, 2005

mytheory22

mytheory

Malaysia Makin Menarik

Amaran: Tulisan ini mengandungi unsur politik kepartian. Ia tidak salah. Kerana hak pemerintahan di negara kita ditentukan melalui pilihanraya. Dan pilihanraya disertai oleh parti politik. Cuma semacam 'taboo' jika kita cakap 'politik'. Semacam berpuak-puak dan 'jahat'.

Sudah lama saya tidak segembira ini. Rasanya inilah pertama kalinya saya boleh gembira dengan Malaysia. Boleh bangga dengan negara sendiri.

Beberapa tahun dulu, saya masih muda remaja yang dungu dan buta. Saya jika ada kesedaran politik pun sekadar suatu emosi dan fahaman yang diturunkan daripada keluarga. Ia bukanlah sesuatu yang bermanfaat sangat, sekadar tahu-tahu.

Saya akan menulis pandangan saya mengenai PAS. Ini jelas sangat 'politik'. Pun begitu ia bukan satu tulisan mengampu atau pun mengeji. Tulisan ini bersifat menyelidik dan berkongsi, tapi masih belum layak digelar analisa.

.................

Kesedaran 'berpolitik' di negara kita sangat tinggi jika dibandingkan taraf negara membangun. Pun begitu, taraf kesedaran 'politik' kita masih rendah. Belum pun masuk tahap sederhana.

Politik Malaysia berkitar soal wang, subsidi, pilihanraya dan segala-macam-perkataan-'isme'-yang-kompleks. Ia belum masuk perihal pernyataan diri dan rasa tanggungjawab. Masih dalam lingkungan mengikut-ikut dan juga demi kepentingan ekonomi semata-mata.

Sewaktu Anwar di puncak kegemilangan UMNO, saya dikhabarkan melalui orang lebih tua dan arkib bahawa kesedaran politik rakyat Malaysia makin meningkat. Agaknya kerana itulah kesedaran politik Malaysian menjadi rendah, disebabkan Anwar sudah tiada dalam UMNO dan langsung tak dibenarkan berpolitik.

Oleh sebab Malaysian sangat 'berpolitik' tetapi tidak sedar pada makna sebenar politik, parti dan juga gerakan rakyat lebih berdasarkan 'demam' dan 'penyakit epidemik'. Maksud saya, ia 'panas' dan membara-bara. Penuh emosi. Dan ia juga bersifat jangkit-menjangkit.

Lihat saja gerakan reformasi dan Islam Hadhari. Ia kecil, menjadi makin besar kerana ikut-ikutan dan akhirnya sejuk dan beku.

.......

PAS adalah satu-satunya parti di Malaysia yang berjuang atas dasar agama. Kita ada banyak parti bangsa dan parti berbentuk nasional. Kerana Malaysia adalah sebuah negara dominasi Islam dan Islam merupakan asas kepada unsur penting dalam perlembagaan, maka perkembangannya sangat diperhatikan.

Saya melihat dan yakin begitulah juga pandangan orang lain, bahawa PAS adalah lawan UMNO. Begitulah sebelumnya dan begitulah agaknya pandangan saya sampai ke mati kalaulah muktamar PAS yang terbaru ini tidak berkeputusan seperti tersurat.

Ulasan lanjut tentang apa yang sudah kita maklum tidak akan diulang di sini.

Saya gembira dengan perkembangan PAS. Oh, saya bukan ahli PAS dan masih belum layak lagi mengundi. Saya gembira sebagai seorang rakyat dan seorang yang prihatin dengan perkembangan sosial Malaysia.

Untuk pertama kalinya, sebuah parti politik tidak perlu lagi dibayangi oleh 'lawannya'. Ia tidak perlu lagi 'sengaja mencari beza' untuk menunjukkan adanya perlawanan. Sifat berlawan-lawan ini tidak bagus.

Pertama, yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu. Sudah tiba masanya situasi win-win diamalkan. Buruk-memburuk, fitnah-menfitnah dan mencari salah adalah budaya terhasil daripada perlawanan.

Kedua, perkembangan sesuatu organisasi akan terhad kepada 'lawannya'. Meletakkan ukuran prestasi berdasarkan orang menyebabkan sesuatu organisasi tidak mampu mencapai tahap sebenarnya. Ia tertakluk pada 'lawannya'. Organisasi mudah rasa selesa dan selamanya dibuai mimpi. Sama-sama buruk biasanya.

..............

Unsur penjenamaan semula 're-branding' dan menentukan semula strategi 're-packaging' sangat kritikal. PAS mendapat keuntungan daripada keberanian menentukan kepimpinan.

PAS tidak lagi menjadi lawan UMNO. PAS mula membunyikan suara yang yakin untuk membentuk dasar 'politik Malaysia', 'Islam untuk semua' dan 'bersifat lebih realis'. Ini satu hal yang cukup menarik dan bagus pada pandangan saya.

PAS dulunya seolah-olah lupa bahawa partinya berada di Malaysia. Negara yang pada hakikatnya tidak mempunyai majoriti Islam dan Melayu yang terlalu besar. Dan majoriti Melayu dan Islam pula tidak semestinya berpihak pada mereka.

PAS perlu mengalihkan sasaran. Berbelas kali pilihanraya dan kali ini mereka perlu tampil dengan tujuan dan sasaran yang baru. Mendekati penganut agama yang pelbagai. Mempraktikkan (bukan sekadar bersungguh-sungguh berceramah) tentang Islam sebagai cara hidup. Menunjukkan kelembutan dan juga sikap bertoleransi.

Tiada lagi retorik. Tiada lagi cakap-cakap berkobar tanpa aksi.

Negara Islam perlu diamalkan, bukan jadi konsep atas kertas. PAS beria-ria bercakap tentang Negara Islam yang sempurna dan sangat toleransi, sedangkan mereka mudah marah-marah dan bertempik dalam ceramah. Hujah ceramah pun banyak ulangan dan membawa 'kata-kata orang'. Bukan kajian, bukan penyelidikan, semata-mata emosi.

Orang melihat; bahawa jika yang kecil-kecil pun tak betul, bagaimana yang besar-besar? Semua boleh cakap.

....................

Saranan bermuzakarah dan perbincangan teliti dengan pihak UMNO tentang Islam Hadhari, lebih bergaul dan cergas dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan memahami kehendak semasa menjanjikan sesuatu yang baru dalam senario politik Malaysia.

PAS sebagai parti pembangkang terbesar berubah. Ini akan menjana kepada pengkajian kembali dalam parti-parti politik lain. Janji bahawa akan ada tindakan konkrit daripada majlis baru, menggambarkan bahawa PAS komited mengubah caranya.

Harapan saya, tekanan ini memberikan satu kesan positif kepada UMNO. Sebagai parti terbesar di Malaysia, saya mengharapkan satu perubahan yang 'benar' dan baik.

PAS sudah melancarkan tabung khas untuk menentang politik wang dan juga rasuah. Tak kiralah dalam pemilihan atau senario politik harian. Sedang UMNO masih berkira-kira bertindak pada seorang dua ahli yang sudah diakui bersalah atas politik wang.

Amat sedih dan tidak menarik jika sebuah parti yang kira semakin lemah, mampu merenung diri dan berubah menjadi sangat kuat dan kukuh. Sedang parti yang begitu besar dan hebat jadi seperti anai-anai. Digigit secara perlahan-lahan, mereput dan akhirnya hancur.

p/s: Kalau saya punya masa, mungkin kita boleh melihat 'kekuatan' Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar dan Dr Zulkifli dalam perubahan PAS ini. Mungkin juga isu wanita, fundamental/liberal dan islam & bukan islam :)

Wednesday, June 08, 2005

reallifegoeslikethis

reallifegoeslikethis

Si Tenggang's Homecoming


i
The physical journey that i traverse
is a journey of the soul
transport of the self from a motherland
to a district collected by sight and mind
the knowledge that sweats from it
is a stranger's knowledge,
from one who has learnt to see, think
and choose between
the changing realities


ii
it's true i have growled at my father and mother
but only after having told of my predicament
that they have never brought to reason
the family that i began to love in my loneliness
in a nation that alienated me,
they took to their predecisons.
i have not entirely returned, i know,
having been changed by time and place,
coarsened by problems
estranged by absence


iii
but look
i have brought myself home,
seasoned by confidence,
broadened by land and languages,
i am no longer afraid of the winds
or the differences between people,
not easilly fooled
by words or ideas

the journey was as loyal teacher
who was never tardy
in explaining cultures or variousness.
look, i am just like you,
still Muslim,
still Malay,
sensitive to what
i believe is good,
and more ready to understand
than my brothers.
the contents of these boats are yours too
because i have returned.


iv
travels made me
a seeker who does not take
what is given without sincerity
or that which demands payments from beliefs.
the years at road and foreign states
have taught me to choose,
to accept only those tested by comparison,
or that which matches the words of my ancestors
which returns me to my village
and its perfection


v
I've learnt
the ways of the rude
to hold reality in a new logic,
debate with hard and loud facts.
but i too am humble, respecting
man and life


vi
i am not a new man,
not very different
from you;
the people and cities
of the foreign ports
taught me not to brood
over a foreign world,
suffer difficulties
or fear possibilities

i am you,
freed from the village
its soils and ways
independent, because
i have found myself

-with minor changes from original version by Muhammad Hj Salleh-

Friday, June 03, 2005

reallifegoesthis

reallifegoeslikethis

Melihat Seadanya

Saya tidak suka melihat orang susah. Tidak kiralah kesusahan itu datang daripada sakit hati, atau marah, atau dendam ataupun sakit akibat penyakit. Kerap juga saya merendahkan diri dan berdiam walaupun sebenarnya yang salah itu orang lain.

Saya cuma jadi 'sakit' melihat orang susah.

Bukan sebab 'baik sangat' atau 'mulia benar'. Ia cuma naluri yang terbentuk daripada pengalaman sendiri. Pengalaman yang kerap kali kabur dan 'luarbiasa' pada mata orang. Pengalaman yang saya simpan kemas-kemas dalam kepala. Kerana mendengarnya sudah cukup menyakitkan. Apalagi merasai.

Kata Puan Ainon pada saya:

"Orang sakit cuma berkawan dengan orang sakit,ya?"

Saya diam. Sejujurnya tidak. Ramai daripada sahabat-sahabat saya 'orang sihat'. Ramai daripada yang saya sayang dan kasih adalah mereka yang 'segar-bugar'. Cuma kebetulan ada seorang dua yang 'kurang sihat', jadi yang 'kurang sihat' inilah yang menonjol.

Manusia suka cari yang menonjol dan tampak lain. Itu saja.

Dan saya sebenarnya lebih suka berkawan dengan orang sihat. Maksud saya, alangkah baiknya kalau semua sihat-sihat saja. Alangkah bagusnya kalau hidup tidak tersekat kerana masalah kesihatan.

Saya doakan semuanya sihat-sihat dan baik-baik saja. Mental dan fizikal. Usahlah jadi pelik-pelik dan bukan-bukan seperti saya ini. Usahlah menyusahkan dan menyakitkan orang lain.

..................

Kalau tak kerana saya ke hospital, sampai mati pun mungkin saya tak tahu nama Kemang sebenarnya Mohd Hairi. Mohd Hairi bin Mohd Yusuf. Kalau saya ke sana seorang diri pun, rasanya saya masih lupa bahawa yang perlu dicari di board adalah Hairi, bukan Kemang.

Saya tak suka melawat ke hospital. Sama bencinya saya pada orang melawat saya di sana. Saya rasa lemah dan tak berupaya. Saya rasa terasing dan serba tak tahu. Rasa bodoh dan tak tahu apa-apa.

Pun begitu, saya tetap ke hospital. Biasanya saya yang akan menemani kawan-kawan yang masuk, tak kiralah serapat mana dia dengan saya. Saya ada hubungan kasih-benci dengan hospital.

Kemang nampak pucat. Tapi dia masih tersenyum. Ada satu legenda tentang orang sakit; orang sakit sangatlah sabar.

Tak tahulah setakat mana benarnya. Cuma yang pasti, alah bisa, tegal biasa.

Mana-mana bahagian di hospital sebenarnya ICU. I See You. Kita cuma boleh melihat dan berdoa. Tiada apa-apa boleh kita lakukan.

Doa saya, tuhan akan memberikan yang terbaik untuk sahabat saya. Doa saya mata kami umpama Midas Touch. Mata kami melihat dan memberikan 'emas' kepada sahabat kami.

Doa saya, senyuman itu tidak akan ditarik walau apa pun keadaannya. Itu saja.